Pages

Thursday, November 15, 2012

sakitku :)

assalamualaikum :)

beberapa hari ni aku tak berapa sihat la.. bukan mengadu tapi orang kena tahu jugakkan perkembangan kwn2 mereka..

sebenarnya da lama da ayah kata aku kena darah tinggi atau hipertensi.. tapi beberapa hari ni aku sakit kepala teruk! bukan pening biasa, bukan! sebelom ni, aku da ajak da kama gy jogging tapi aku rase mcm tak sedap badan dan aku ambek keputusan untuk tak pergy.. sampai la tengahari sikit, kepala aku da mula menekan2 mcm waktu aku kena waktu exam agama hari tu.. ckp psl exam agama, erm, keputusan aku merosot! down! down! sangat2! okey balik kepada topik utama kita..

darah tinggi ni bahaya kata ibu. bendalah ni bolah buat mati kerana bila darah da bagy tekanan kuat kat pembuluh darah boleh menyebabkan ia pecah! seram jugak dengar, tapi aku tenga tak berupaya waktu tu.. aku kacau ayah nak menikmati air teh tarik dari kedai makan kwn dia..

AYAH, EAH MINTAK MAAF YE :( NI SEMUA SALAH EAH!

aku ade search pasal darah tinggi ni, sebenarnya, aku takut bila aku tahu aku sakit hipertensi ni.. tapi bila fikir-fikir balik, Allah tahu kenapa die pilih aku.. jadi aku redha.. ni yang aku faham dari apa yang aku bace:


Kita lihat pada tanda2 penyakit darah tinggi pada pesakit:
  • Sakit kepala, khususnya ketika mula bangkit dari tidur
  • Dengungan atau bunyi dengung pada telinga
  • Merasa pening
  • Gangguan pada penglihatan
  • Ketika mengandung atau waktu keadaan haid, ramai dari kalangan perempuan memakan garam yang berlebihan. Ianya punca kepada penyakit ini.
Punca2 yang menyebabkan ditimpa penyakit ini
  • Penggunaan garam yang berlebihan
  • Bahan2 makanan yang mengandungi garam seperti makanan yang mengandngi susu, sayur2an dalam tin
  • Memakan daging, ikan dan sayuran yang disalai (dibakar)
  • Memakan otak dan buah pinggang haiwan yang amat kaya dengan gara,
  • Memakan makanan yang mengandungi natrium
  • Memakan makanan yang mengandungi monosodium glutamal atai MSG
  • Tekanan emosi dan keadaan alam sekeliling

Cara2 mengelak dari penyakit ini :
Elakkan dari menggunakan garam NATRIUM KLORIDA yang berlebihan. Ini adalah garam merupakan punca penyakit darah tinggi dan beberapa penyakit saluran darah dan jantung

Bahaya2 penyakit darah tinggi
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang
  • Mengakibatkan lebih banyak garam terkumpul didalam badan
  • Memudahkan kepada terkena penyakit jantung
  • Merosakkan otak dan mata
Rawatan untuk pesakit darah tinggi yang sudah kritikal atau parah
  • Potong batang pisang GALA. Ambil umbinya yang bahagian dalam tanah. Hiriskan sebesar 2 jari sebanyak 6 keping @ 2 genggam. Ambil segenggam tanah liat berwarna putih @ debunya kemudian rebuslah kedua2nya sehingga mendidih. Minum semasa masih suam sebanya 2 kali sehari. 
Rawaran untuk pesakit darah tinggi yang masih awal atau baru

Cara pertama
  • Ambil sebatang pokok belimbing tanah da potong kecil2
  • rebus dan minumlah airnya 2 kali sehari
Cara kedua
  • Minumlah air rebusan akar beriksa ATAU
  • ambil pelepah daun cermai, rebus bersama 1 liter air. Apabila mendidih segera keluarkan daun2 tersebut dan sejukkan. Minum sebanyak 2 kali sehari. Cubalah dalam beberapa hari. selepas itu cubalah cek dengan doktor tentang tekanan darah korang.
Cara ketiga
  • Daun sop atau saderi juga boleh merawat penyakit ini. Ditumbuk halus dan diambil air perahannya. Minum setiap hari. Buat beberapa kali.
Cara keempat
  • Makan setiap hari beberapa ulas bawang putih yang sudah dibakar. Makan selama seminggu.
  • atau Tumbuk 3 ulas bawang putih sederhana besar. Campurkan bahan dengan segelas air masak. Minum selepas sarapan pagi.
  • Buat setiap pagi selama seminggu. InsyaAllah akan lihat hasilnya dengan izin-Nya
Cara kelima
Kredit gambar untuk Noni. Baca khasiat buah kudu SINI
  • Perahkan @ kisar buah mengkudu @ kudu yang masak. Tapis dan ambil airnya. Minumlah pada waktu pagi sebelum sarapan. Buatlah untuk tempoh seminggu. Jika berkurangan berhenti. Jika tekanan darah naik cubalah beberapa petua yang ada di atas. Ulang beberapa kali. InsyaAllah


YA ALLAH, JIKA INI TERBAIK UNTUK KU, AKU REDHA YA ALLAH.. KAU KUATKAN LAH AKU MENGHADAPI DUGAANMU INI YA ALLAH.. HANYA ENGKAU TEMPATKU MEMINTA!

aku rase sampai situ je.. ingatan kepada korg, ini bukan aduan, tapi ambil la iktibar! selagy korg masih sehat ni, bersyukurlah.. ALLAH masih bagy korg ruang untuk berubah.. 

ASSALAMUALAIKUM :)