Pages

Thursday, November 15, 2012

sakitku :)

assalamualaikum :)

beberapa hari ni aku tak berapa sihat la.. bukan mengadu tapi orang kena tahu jugakkan perkembangan kwn2 mereka..

sebenarnya da lama da ayah kata aku kena darah tinggi atau hipertensi.. tapi beberapa hari ni aku sakit kepala teruk! bukan pening biasa, bukan! sebelom ni, aku da ajak da kama gy jogging tapi aku rase mcm tak sedap badan dan aku ambek keputusan untuk tak pergy.. sampai la tengahari sikit, kepala aku da mula menekan2 mcm waktu aku kena waktu exam agama hari tu.. ckp psl exam agama, erm, keputusan aku merosot! down! down! sangat2! okey balik kepada topik utama kita..

darah tinggi ni bahaya kata ibu. bendalah ni bolah buat mati kerana bila darah da bagy tekanan kuat kat pembuluh darah boleh menyebabkan ia pecah! seram jugak dengar, tapi aku tenga tak berupaya waktu tu.. aku kacau ayah nak menikmati air teh tarik dari kedai makan kwn dia..

AYAH, EAH MINTAK MAAF YE :( NI SEMUA SALAH EAH!

aku ade search pasal darah tinggi ni, sebenarnya, aku takut bila aku tahu aku sakit hipertensi ni.. tapi bila fikir-fikir balik, Allah tahu kenapa die pilih aku.. jadi aku redha.. ni yang aku faham dari apa yang aku bace:


Kita lihat pada tanda2 penyakit darah tinggi pada pesakit:
  • Sakit kepala, khususnya ketika mula bangkit dari tidur
  • Dengungan atau bunyi dengung pada telinga
  • Merasa pening
  • Gangguan pada penglihatan
  • Ketika mengandung atau waktu keadaan haid, ramai dari kalangan perempuan memakan garam yang berlebihan. Ianya punca kepada penyakit ini.
Punca2 yang menyebabkan ditimpa penyakit ini
  • Penggunaan garam yang berlebihan
  • Bahan2 makanan yang mengandungi garam seperti makanan yang mengandngi susu, sayur2an dalam tin
  • Memakan daging, ikan dan sayuran yang disalai (dibakar)
  • Memakan otak dan buah pinggang haiwan yang amat kaya dengan gara,
  • Memakan makanan yang mengandungi natrium
  • Memakan makanan yang mengandungi monosodium glutamal atai MSG
  • Tekanan emosi dan keadaan alam sekeliling

Cara2 mengelak dari penyakit ini :
Elakkan dari menggunakan garam NATRIUM KLORIDA yang berlebihan. Ini adalah garam merupakan punca penyakit darah tinggi dan beberapa penyakit saluran darah dan jantung

Bahaya2 penyakit darah tinggi
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang
  • Mengakibatkan lebih banyak garam terkumpul didalam badan
  • Memudahkan kepada terkena penyakit jantung
  • Merosakkan otak dan mata
Rawatan untuk pesakit darah tinggi yang sudah kritikal atau parah
  • Potong batang pisang GALA. Ambil umbinya yang bahagian dalam tanah. Hiriskan sebesar 2 jari sebanyak 6 keping @ 2 genggam. Ambil segenggam tanah liat berwarna putih @ debunya kemudian rebuslah kedua2nya sehingga mendidih. Minum semasa masih suam sebanya 2 kali sehari. 
Rawaran untuk pesakit darah tinggi yang masih awal atau baru

Cara pertama
  • Ambil sebatang pokok belimbing tanah da potong kecil2
  • rebus dan minumlah airnya 2 kali sehari
Cara kedua
  • Minumlah air rebusan akar beriksa ATAU
  • ambil pelepah daun cermai, rebus bersama 1 liter air. Apabila mendidih segera keluarkan daun2 tersebut dan sejukkan. Minum sebanyak 2 kali sehari. Cubalah dalam beberapa hari. selepas itu cubalah cek dengan doktor tentang tekanan darah korang.
Cara ketiga
  • Daun sop atau saderi juga boleh merawat penyakit ini. Ditumbuk halus dan diambil air perahannya. Minum setiap hari. Buat beberapa kali.
Cara keempat
  • Makan setiap hari beberapa ulas bawang putih yang sudah dibakar. Makan selama seminggu.
  • atau Tumbuk 3 ulas bawang putih sederhana besar. Campurkan bahan dengan segelas air masak. Minum selepas sarapan pagi.
  • Buat setiap pagi selama seminggu. InsyaAllah akan lihat hasilnya dengan izin-Nya
Cara kelima
Kredit gambar untuk Noni. Baca khasiat buah kudu SINI
  • Perahkan @ kisar buah mengkudu @ kudu yang masak. Tapis dan ambil airnya. Minumlah pada waktu pagi sebelum sarapan. Buatlah untuk tempoh seminggu. Jika berkurangan berhenti. Jika tekanan darah naik cubalah beberapa petua yang ada di atas. Ulang beberapa kali. InsyaAllah


YA ALLAH, JIKA INI TERBAIK UNTUK KU, AKU REDHA YA ALLAH.. KAU KUATKAN LAH AKU MENGHADAPI DUGAANMU INI YA ALLAH.. HANYA ENGKAU TEMPATKU MEMINTA!

aku rase sampai situ je.. ingatan kepada korg, ini bukan aduan, tapi ambil la iktibar! selagy korg masih sehat ni, bersyukurlah.. ALLAH masih bagy korg ruang untuk berubah.. 

ASSALAMUALAIKUM :)



Friday, June 22, 2012

disebalik ujian terselit kebahagiaan hakiki



                    pasang lagu ni dulu.. baru feel! :'D
assalamualaikum,

kesedihan semalam aku bawa sampai ke hari ini.. tahu kenapa aku sedih, sbb aku dapat tahu, aku lah PENYEBAB kwn2 aku gado! lepas aku bace apa yang dia tulis waktu die IM aku, terus aku balaz apa yang  patut aku balaz then aku terus off fb then aku tutup laptop...

gambar ni die la yang tangkap, waktu die tenga main2 dlm klass bm! 
pastu aku ambik gelas aku kat depan dan basuh kat dapur.. then aku naik tangga.. dlm perjalanan nak naik tu, tetibe aku menitiskan beberapa titik air mata.. waktu tu aku ingat nak solat sekali... selalunya kalau aku nak ambek wudhu' kena masok bilik ina lu.. aku fikir nnty ina nampak aku nanges sia2 je.. pastu aku lap la muke aku ngan tangan aku yg basah tu.. tapi, mcm mane aku cuba nak sembunyikan kesedihan aku, ina dpt tahu yang aku nanges! argggghhhh! malunya org tahu aku nanges!

ni la die budak yang selalu buat aku HAPPY :)
tapi sebelom semua ni jadi, kat skola aku ditegur oleh hakim ibrahim! kwn baik aku!!!  mcm tajuk aku hari ni lah "disebalik ujian terselit kebahagiaan hakiki <3" aku gembire waktu die jumpe aku die ckp "hai" haha, da lama sebenarnya kami tak bercakap.. kami rapat pon tahun lepas waktu pmr. kami belajar same2 sampai mak aku kate" ibu da jumpe da jodoh tuk eah, hakim" hahha! tak kesah la tu.. yang penting aku da mule rapat ngan die balik! apa yang buat aku suke kwn ngan die adalah die seorg yang menjaga pergaulan die.. yang penting dia HANYA kwn baik aku dan tak lebih!

hari ni pula.. aku pergi ke sekolah dengan senyuman yang dibuat2... erm, maafkan aku noor! aku syg kau kot! dan aku tak akan sesekali biarkan kau disakiti mcm mana kau tak akan biarkan aku disakiti! aku da kenal kau dari darjah 6, tak mungkin sesekali aku lupekan gelak tawa, tangis kita noor! untuk kau, demi kau, aku sanggup menolak kau dari idop aku supaya kau berbaik balik ngan kwn2 kau tu... aku mintak maaf sbb aku,  korg gado... lepas ni, tak yah la cari aku lagy.. walaupon ianya sgt menyiksa hati ku!

YA ALLAH PERLIHARALAH ORANG YANG AKU SAYANG YANG BERNAMA NOOR AIRINA RAHMAD DARIPADA DISAKITI! AMEEN!
salah seekor kucing tu adalah bobok!

jika memang ALLAH cipta aku untuk berseorangan, tak pe... aku terima dengan hati terbuka! lagy pon aku da biase dengan keadaan mcm ni.. aku da redha dan aku da terima semua ni dari awal lagy... pergy la syg.. pergy la.. mungkin tiada lagy gelak tawa kau yang comel tu, perangai kau yang selalu buat aku happy, yang selalu ade ngan aku... Allah da bagy pinjam kau kat aku pon, da cukup baik da... tangisanku ini seperti aku kehilangan kucing yang aku syg, bobok.. berbanggala sbb kau salah satu yang telah menyentuh hati dan da  dpt gantikan tempat kucing aku tu...

yang tembam tu la hakim ibrahim :) kwn baik aku ^_^
dulu aku sll salahkan takdir.. tapi lepas Allah pinjamkan kau tuk aku, aku rase mcm mana bobok selalu ade dgn aku waktu dulu2... kalau aku pergi nnty, aku harap kau bole jaga diri kau baik2.. carilah teman yang dpt memahami dan menyayangi kau sepenuh hati die.. yang dpt bahagiakan kau, yang akan ada selalu dengan kau mcm mana yang aku lakukan pada kau!

terima kasih sbb nyanyikan lagu "what makes you beautiful" tu untuk aku... terima kasih sbb selalu panggil aku syg... terima kasih sbb byk kali jugak la kau cium kau =='  kau la orang pertama dan akn menjadi org terakhir yang akan buat mcm tu kat aku :)

NOOR AIRINA, AKU TAHU KAU TAK AKAN BACE BLOG KAU KAN? HAHAH, TAK PE.. AKU JUST NAK KAU TAHU YANG AKU, FARINA REEHANA BINTI MOHD NOH SAYANG KAU SGT! KAU LA SAHABAT SEPERJUANGAN AKU YANG SUKE TENGOK AKU GEMBIRE! TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA!


tak minta untuk ditangisi, cuma berkorbanlah untuk org lain!
ASSALAMUALAIKUM :)

Friday, June 15, 2012

20 Fakta Menarik Mengenai Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

cinta dan benci

assalamualamualaikum , apa khabar saudara ku sekalian~
hahah, sempat lagy nyanyi :P

sebenarnya tajuk die tak de kena mengena ngan cerita yang aku nak story kan ni :)
erm, okey.. tadi 14/6/2012 di skola.. airina ade kate kat aku yang die bole tahu sape suke sape... then aku tanye la die yang aku suke sape kan.. HAHAH! kelakar! die tak tahu! MENIPU JE NOOR NI!

sebenarnye, meyh che' cita sikit.. org susah nak tahu sesuatu tentang akun sbb aku berhati2 dalam setiap tindak tanduk aku..  ye aku tahu ade pepatah mengatakan "pandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" ye aku tahu! nak kate ahli keluarga aku kenal aku? haha, susah sikit.. sbb bile aku duduk ngan dorg, aku start nak story something, pasti akan ade story yang lebih menarik yg dorg nak cerite.. so, aku rase cam org tak berminat nak tahu tentang aku, so aku pon malas nak bagytahu...

lagy pon aku YAKIN, jika seseorg tu ikhlas kenal aku, die  akan mengetahui segalanya tentang diri aku yang sebenar! pasti die la teman sejati aku.. tapi sayangnya belom ku temuinya lagy :)

itu sahaja :)

ASSALAMUALAIKUM :)

Friday, June 8, 2012

sambal udang, kawin?!

assalamualaikum,

semalam,aku dan kakak aku puasa.. so nak kena sediakan lauk untuk berbuka, ayah mintak aku masak untuk kami sekeluarga.. erm, aku masak sambal udang dan sambal kicap ikan keli... erm, da masak2 tu, tibe la masanya untuk ayah (masterchef) merasa. cube teka ayah ckp ape...

"wah! sedap ni... reha da bole kawin da ni"

hanya gambar hiasan, bukan betol pon :)
aku tahu ayah bergurau, then aku ckp mcm ni " ina~ ayah bagi aku kawin, HAHA" then ina ckp " alah kau, bile aku kate kau da bole kawin kau marah! tapi ayah ckp kau suke" pastu aku ckp kat ayah, " ayah, nnty eah kawin awal kang, ayah jangan menyesal (sambil gelak)... ayah hanya gelak HA HA je..

Photo: Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami :-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.

Originally by : Syabab Musafir Kasih
cumil kan?! -^_^-
da lama2 sikit tu, ibu balik dari kedai.. erm, ibu nampak lapar dan kepenatan.. aku tahu, ibu suke makan sambal udang, sbb tu aku cdgkan kat ayah nak masak sambal udang.. erm, ibu balik tu terus ibu senduk nasi dan makan... erm, ibu ckp sedap. cukup pedas cuma kurang gula je.. hahah :D okey, i'm happy !

eenta kenapa, bulan ni, tak habis2 ckp psl kawin! ==' aku tahu la aku suka ckp pasal kawin, tp aku pelik, asl ngan aku je topic die KAWIN! erm, cam perli je.. ayah ckp psl langkah bendol la, apa la.. aku cam ==' "really?!"

okey la, that's all! :)

ASSALAMUALAIKUM :)


Thursday, June 7, 2012

i mish cha!

assalamualaikum,

beberapa hari ni teringat kat BOBOK! sangat rindu kan die! da 3 tahun da dia tak de... erm, rindu sgt! semalam aku mcj ngan zulfadhli... aku tanye psl kucing kat die.. SBB AKU RINDU BOBOK SGT! bile tengok cermin tingkap tu, teringat kat bobok! die la yg pertama yg singgah kat hati aku ni...

erm, dia mati sbb kena langgar... hari tu nak sambut hari guru kat skola waktu tu aku form 1.. erm, lepas kena langgar tu dia tak terus mati... tulang kaki dia patah.. T_T  then balik skola kami bwk die gy klinik kucing... then doktor tu suro letak bobok kat sana beberapa hari... erm, minggu tu minggu cuti skola 2 minggu tak silap... aku ckp kat ibu.. aku bole jaga.. then ibu kate " tak pe, eah jangan risau... nnty doktor tu jaga bobok elok2" then aku terpaksa la redha dgn semua tu... tak lama selepastu... aku dpt tahu bobok mati sbb sesak nafas... erm, memang sedih waktu tu.. bobok la peneman aku kat uma.. sbb dulu2 aku tak rapat ngan adik aku sbb die sll ngan kakak aku yg FARHANA AMANI tu... nak rapat ngan abang, abg pulak kat U dia... kalau kakak hani, erm, maaf.. kami tak rapat...

aku ingat lagy 1 day, bobok teman aku dlm bilik... waktu tu aku ingat nak kemas bilik.. then aku bukak la tingkap bilik.. tetibe bobok dtg kat tingkap tu , then dia main2 kat sana.. heheh, die sungguh comel! mula nya aku cemas la. takut2 dia jatuh tergelincir ke ape ke, hahah, negatif sgt! then esok nye waktu aku tak bgn lagy, die dtg nak main2 kat tingkap tu lagy.. setiap hari, itulah yg die buat!

lepas kematian dia, semangat aku hilang! everyday aku menanges dlm bilik sorg2, sbb kalau aku menanges dpn ibu, nnty ibu marah! huhu.. dulu kalau aku sedih, die la peneman aku.. kwn aku, sekarang hidup aku da KOSONG!

tapi, baru sekarang aku sedar! tak guna aku menatap sesuatu yg telah pergy kan?!  bukannya bobok akan kembali kan? erm, aku yakin, CINTA ALLAH! aku bersyukurlah sbb aku bertemu dgn cinta yang agung! alhamdulillah!

erm, itu la kisah syg saye BOBOK!

ASSALAMUALAIKUM :)

Monday, June 4, 2012

dlm senyap ku ada rahsia

assalamualaikum,

hye there.. erm, sekarang ni aku nak kongsi cerita ngan korg... sebenarnye aku ni mungkin org lain nampak cam FORMAL SANGAT! erm, sebenarnya aku menyimpan byk rahsia.. dlm senyap ku ada rahsia! hamboi~  erm betol... orang yang pendiam ni memendam sejuta rahsia.. termasuk la aku.. aku tak kate aku ni bukan kebudak-budakkan...

sebenarnye, aku seorg yg matang dalam kebudak-budakkan.. aku just tak suke sgt kalau dorg bising, jerit2, gado2.. sungguh tidak matang.. aku pon begitu..

bukan sombong nak menyata pendapat atau pandangan atau perasaan... cuma, ADAKAH MEREKA INGIN MENDENGAR KATA HATI INI? cuma hati berbisik merindu.. betol, sahabat dan kwn2 aku juga aku rahsia kan 3per 4 tentang hidup ku dari  mereke... nak kate aku share story ngan family aku lagy susah.. cume ina yg suka bercerita.. malangnya, aku tidak seperti yg die harapkan.. yg akan bagy respon dengan apa yg diperceritakan... hahah, maaf syg..

ya, pernah sekali, aku mencuba menyatakan perasaan ini kpd rakan2 ku, nampak nya mereka tidak tertarik dengan cerita ku...  TIDAK MENGAPA LA SYG, SAYA TAHU SIAPA SAYA DALAM HIDUP KAMU SEMUA...

nak kate sedih, TIDAK! farina reehana tidak selemah itu... biarlah mereka tidak mahu mengambil tahu tentang hidup dan matiku, SESUNGGUHNYA ALLAH SELALU ADA DI HATIKU YANG MENGETAHUI CERITAKU DIDUNIA DAN AKIRAT... setiap kali aku rase aku terjatuh, aku bangun dan mengucapkan "LAKUKANLAH IA KERANA ALLAH, KERANA ALLAH !"  dan aku akan menjadi seperti sebelom nya... ALHAMDULILLAH...

itu je kot ceritanya...

ASSALAMUALAIKUM :)

what should i do?

assalamualaikum,

tadi..aku ajak fairuz gy tutti frutti.. aku mcj la die... pastu tak lama tu, die dtg dengan akifuddin.. T_T sumpah aku kate, aku baru je habes mandi! dengan rambut yang basah tu.. argghh! pastu kakak aku panggil, "YA, YA..." pastu aku kuar la, die ckp "fairuz dtg tu"  aku yang mcm ... aku terkejut la..pastu aku terpaksala menyarung baju sejuk yg ayah baru belikan tuk aku tu.. hahha, imergency la konon... then da jumpe die, die mintak novel yg aku nak kasi die... bile aku bagy kan, kau tahu akk, die mcm tak suke je.. T_T lagy sekali aku rase tak berguna! arrgggghhhhhhh!

lama kemudian. aku turun la jumpe ina n ibu.. pastu aku ckp kat ibbu "bu, ya da GEMOK kan? hehe" then ibu jawab "erm, bile jumpe fairuz je gemok" aku pon buat mmuke ni ==' sumpah aku rase cam... hyeiiiii! what is this hah! what just happen... he just my friend! kalau bole aku jerit tadi aku da bagytau kakak, ina, ibu yang FAIRUZ TU KWN EA JE LA! okey2... bertenang farina...

then aku ckp la kat ibu, "bu, kitorg kwn je.. ea bagy buku je tadi." then ibu buat2 tak dengar... hahah okey aku agak mengamuk la kan tadi.. cume aku tak lepaskan je...

k la thats all...
ASSALAMUALAIKUM :)

Sunday, June 3, 2012

kosong?

assalamualaikum..

jika kita menyukai seseorang, ia tidak bermakna yang kita juga mencintainya... tetapi, apabila kita mencintai seseorang, ia bermakna bahawa kita juga menyukai dan menyayanginya ...

hargailah mereke?

okey, sebenarnye tak tahu nak tulis apa.. blabla je...

ASSALAMUALAIKUM :)

Wednesday, April 11, 2012

senyuman ikhlas dariku buat mu!

assalamualaikum,
hye there!

enta la kenapa semalam aq cam happy je... nak kate happy sbb in love, no way! enta la. aku senyum je semalam.. apa yang bermain diminda pon aku tak tau~ bile duduk main2 ngan shaz aq rase happy sgt sampai la anisah budak 3 alfa tahun lepas ckp mcm ni kat kitorg " aku tak rase shaz akan segembira ini bile kau tak duduk sini" bile dengar die ckp cam tu tetibe je aq diam sekejap sbb teringat ape yg diperkatakan oleh zulfadhli kat aq hari sabtu lepas..

then lepas rehat plak, kenal akmal syafiq? mestilah kan? die budak 3 alfa tahun lepas tahun ni sama klass ngan aq, aq da lama kenal die sjak kami ber-darjah lagy.. erm, aq duduk menghadap shaz, tetibe je ade tangan lelaki ambil air sirap yg aq beli kat kantin tu diletakkan dari meja belah kanan ke meja belah kiri.. aq mcm terkejutla kan! aq tak pernah ckp ngan die dlm klass.. aq rase die tak nak nanti air sirap aq tu tumpah kot.. so aq ingat nak pusing n cakap terima kasih, tapi tak sempat aq ucap die da bla! erm, so aq cakap "terima kasih?" dengan perasaan mcm terhutang budi...





  • Zulfadhli Al-Ayubi
    nampak laaaaaaaa
    sape yg grmbire
    • gembire
    • sahabat2 ko laa
    • airina
    • aqila
    • n ramai lagi yg aku blom knal
    • knape diorang jadi sahabat ko
      sbb diorang sukekan ko laaa



  • inilah apa yang die katakan kat aku.. die betul2 buat aq bersemangat nak jalani idup ini.. kata2 die membuatkan aq sedar bahawa, aq hidup bukan seorg diri, teman2 yang lain ade menemani aq dikala suka dan dukaku! u are really a SAHABAT man! thanks for everything!


    that's all,

    ASSALAMUALAIKUM :)